Nuffnang

Watch Out

Daisypath Anniversary Years Ticker Lilypie Third Birthday tickers

Friday, November 20, 2009

Menangis Pagi

Pagi kelmarin Lisa bangun awal sbb dia jatuh katil.Padahal aku dah bubuh bantal tepi dia,tapi hubby kata dia jatuh kaki terjuntai.maknanya kepala atas tilam, kaki ja kat bawah.apa punya pesen la Lisa ni..

Bila dia terjaga terus nak tengok tv dan nak susu.Lepas tu nangis takmo pi rumah Mak(babysitter).Then bila aku Tanya nak pi mana, dia cakap nak pi Giant.Menangis sepanjang jalan pi rumah mak.2 tahun dah umur Lisa, itulah kali pertama dia menangis time pepagi nak antar pi umah “Mak”.Selalunya dia tak sedar apa pun..

Sampai rumah mak, terus dia mengadu kat mak dia kata Kami takmo bawak dia pi Giant.Menangis lagi
Balik petang kelmarin kami pun bawak dia pi Giant.Dia req nak ice-cream.Then aku bagitau dia Kalau nak ice cream tak boleh main sampai Ice cream habis.dia angguk jer.

Dan memang Lisa tak main semalam.Rupanya dia Cuma nak makan Ice cream sambil tengok bebudak main.Lisa sangat behave.Mungkin sbb bosan duduk kat umah sengsorang.Malam tadi dia req nak pegi tesco plak.aku buat2 tak dengar.

Abah mama tak janji apa2 ok…

Thursday, November 19, 2009

Oh Result.

Hari ni macam yang semua tau keputusan UPSR dah keluar.Kawan2 kat tempat kerja aku ni pakat keluar masa pukul 11 am tadi sbb nak tengok keputusan anak memasing..Tapi yang ramainya pompuan iaitu para ibu.Heran gak aku para bapa ni tak ingat ker saja buat2 tak ingat.

Ker pompuan ni yang tak sabar??

Bila diorang masuk kerja balik, macam2 bentuk air muka yang aku dapat tengok, ada yang senyum lebar, ada yang senyum simpul, ada jugak yang senyum kelat.

Bila tanya yang senyum lebar tu perkhabaran dia yang gembira saja.Yang senyum simpul tu, perkhabaran yang sederhana.Yang senyum kelat tu tak berani pulak aku nak tanya.pepaham sendiri la.

Bila tengok situasi ni, aku teringat masa aku dapat result UPSR dulu.Masa tu takder Henpon, talipon rumah pun takder, jadinya mak aku dapat tau keputusan aku masa aku dah balik rumah.Abah aku jer yang datang sekolah.

Walaupun keputusan aku taklah sehebat mana tapi aku ingat lagi malam tu mak aku masak spesel untuk kami sekeluarga.

Mmm masa aku taip entry ni ada sorang kakak kat opis aku nak balik, amik hap day sebab dah tak boleh kerja.Dia happy sangat sbb anak dia dapat straight A’s.Yer la sebagai ibu bapa mmg itu tu la yang kita harapkan.

Ada sorang lagi akak ni tengah dok lap air mata sbb dia kata keputusan anak dia tak bagus.Aku pun tak tanya apa keputusan anak dia, tunggula sampai dia cerita sendiri nanti.

Apapun masa aku akan tiba nanti dan sebagai Ibu sudah semestinya aku mengharapkan yang terbaik dari Lisa.InsyaAllah.

Wednesday, November 18, 2009

Berkongsi cerita

Sekadar nak kongsi cerita yang telah difwdkan. Cerita ini sedih, harap dapat kawal perasaan!

Ayahku dan si"dia"

*Coretan seorang guru wanita di salah sebuah felda di selatan tanah air....


Seorang murid dari kelas 3 Mawar telah bertemu denganku. Semalam dia meminta untuk bertemu dengan aku karana hendak menceritakan tentang ayahnya. Liliana, merupakan seorang pelajar yang aktif dan riang sebelum ini. Hanya kebelakangan ini sahaja dia kelihatan murung dan sedih. Kadang-kadang sesi "Bahasa Inggeris" yang aku ajarkan bagaikan tidak mengundang keminatannya. Dia sering termenung dan kelihatan sugul. Kini dia di hadapanku, harapanku, jika ada masalah yang dia hadapi akan cuba kubantu sedaya mungkin.

Cikgu, ini mengenai ayah saya. Air matanya terus berlinangan. Aku hanya mampu memegangnya dan mengurut-urut lengannya, dan menantikan dia meneruskan kalimat-kalimat dari bibirnya yang kecil itu. Dia meneruskan kata-katanya:

"Ayah saya telah berubah sejak tiga bulan yang lalu. Semuanya kerana kehadiran "dia". Kehadiran "dia" ke rumah kami telah mengubah suasana di dalam rumah . Memang pada asalnya, "dia" memang dinanti-nantikan untuk bersama kami. Malah, ibu sayalah yang telah mencadangkan kepada ayah untuk "dia" tinggal bersama kami. Pada awalnya kami amat gembira bila "dia" ada bersama kami. Mungkin kerana "dia" masih baru dan kami masih terlalu teruja mendapatkan "dia" di dalam rumah kami.

Keadaan telah berubah apabila ayah sudah mula rapat dengan si "dia".
Walaupun pada asalnya ibulah yang banyak bersama dengan "dia", namun akhirnya ayah pula yang berjaya dikuasai oleh si "dia". Semenjak itu ayah tidak memperdulikan ibu lagi. Kami juga sudah tidak ayah pedulikan juga.

Hubungan ayah dengan "dia" semakin intim. Pulang sahaja dari kerja, ayah terus mendapatkan si "dia". Kadang kala ayah sanggup untuk mengambil cuti semata-mata untuk bersama dengan si "dia". Kami geram sungguh!

Pada bulan Jun yang lalu, krisis kami dengan ayah mencapai kemuncaknya.
Ayah sudah tidak pedulikan ibu lagi. Ayah sudah tidak tidur dengan ibu lagi semata-mata untuk bersama dengan si "dia". Ayah sudah melampau. Ayah sanggup mengorbankan waktu tidurnya dan juga waktu bersama ibu hanya untuk bersama si "dia". Lebih menghangatkan darah kami lagi, di pagi hari kami lihat ayah terdampar bersama si "dia". Satu contoh yang amat tidak sihat buat kami anak-anak. Ibu tetap boleh bersabar. Banyak kali juga kami mendengar ibu menasihati ayah, tetapi ayah tetap tidak berubah. Ibu tidak mahu derhaka, hanya nasihat sahajalah yang boleh ibu berikan. Malangnya tidak nampak pun riak-riak ayah akan berubah. Bahkan kini ayah semakin teruk.

Siang, malam, pagi, petang....ayah lebih meluangkan masa untuk bersama dengan "dia". Saya tidak mahu digelar anak derhaka, tetapi keadaan ayah semakin melampau. Akhirnya cikgu...."

Dia terus menangis teresak-esak.
Aku terus memujuknya, "sabar, setiap orang ada masalah masing-masing. ..". Aku terus memeluk Liliana.

"Cikgu Ros, saya tidak mahu menjadi anak derhaka, tetapi demi ayah, saya terpaksa lakukannya.. ."

"Apa yang kamu telah lakukan?", tanyaku dengan nada yang lembut.

"Saya terpaksa menelefon tempat asal si "dia".
Saya telah mendail 1300-82-3838, dan meminta mereka memutuskan hubungan ayah dengan "dia""

"Siapa dia tu?", aku binggung...

"Astro!"

Aku: ???????


Moral: Astro macam-macam ada, tapi jangan sampai waktu untuk family/isteri/ suami/anak- anak/kawan tiada kerananya!

Tuesday, November 17, 2009

Celoteh Lisa



Situasi  Sambil baring2 depan tv tengok Channel 611






Mama: Cuba Lisa sebut CE
Lisa: CE
Mama: RIA
Lisa: RIA
Mama: CERIA
Lisa: IA

Adoila Lisa...pelat la pulakkk

Situasi  Sambil sapu ubat kat tangan dia yang luka tu aku tanya

Mama: Tangan Lisa ni sakit tak?
Lisa: Adoi..akitnyerr sambil buat muka sakit..hehehe acting lebeyy
Mama: So lain kali Lisa kena dengar cakap mama dgn abah..kat Eskelator mama atau abah kena pegang Lisa..Takleh jalan sendiri..
Lisa: Angan Sha akit ter uat!abah arah ter..abah koi ter..ter cucuk..sha akit..sha angis..sha aluu
(Tangan Sha sakit dokter buat..Abah marah dokter, abah pukul dokter..dokter cucuk..Sha sakit,sha nangis..sha malu)

Pulak Dah!!

Situasi  Tengah suap Lisa makan malam

Mama: Mak masak apa tadi?
Lisa: Mak asak mee(Mak masak mee)
Mama: Sedap tak?
Lisa: Dap.. Sha kui baby(Sedap.. Sha pukul baby)
Mama: Laa kenapa Sha pukul baby??sian dia
Lisa: Baby acau kakak..sha akap angan acau..kak makan i cekelem ni...(Baby kacau kakak..Sha cakap jangan kacau..kakak nak makan ice-cream ni)
Mama: Baby kacau kakak mana??
Lisa: Ni --> sambil tunjuk diri dia..
Mama: Lisa kongsila ice cream ngan baby
Lisa: tak leh..nanti baby atuk..(Tak boleh..nanti baby batuk)

Wah.. rupanya kat umah babysitter dia bahasakan diri dia kakak...kemain takmo share ice-cream ngan baby takut baby batuk...diri sendiri tu kalau batuk camner??senang ke nak makan ubat??

Situasi  Balik kerja..Abah layan Lisa tengok tv

Abah: Lisa tolong amik remote tu jap
Lisa : amau.. Sha nat ni (Tak mau sha penat ni)
Abah :Lisa penat bua apa ?Lisa bukan work pun, abah ngan mama yang work
Lisa : Sha nat gak..Sha gi skool (Sha penat jugak..Sha pegi school)
Abah: Kat skool belajar apa?
Lisa: Acak!! (Masak)

Bila plak Lisa pegi skoll..kat sekolah belajar masak plak tu..hehehehe

Situasi - Dalam kereta, nak pegi Giant – req by Lisa

Abah: Lisa nak pi Giant nak buat apa?
Lisa: Sha nak li i cekelim (Lisa nak beli ice-cream)
Abah: Duit ada tak?
Lisa: Ada.. lam ket abah( Ada..dalam poket abah)
Abah: Ooo kecik2 dah tau duit dalam poket abah..Dalam poket mama pun ada jugak tau..
Lisa: Adak..mama adak uit..ian Mama..(Tak dak..mama takder duit..sian mama)

Hehehehe...redhakan ajer!!







Monday, November 16, 2009

Nukilan Hati...

Salam semua..
Lama tak update blog tak bermakna lama tak bukak blog nih..
Bukak tiap2 ari..round semua blog kengkawan tapi hanya membaca tanpa sebarang respond

Kenapa??
Takda jawapan yang tepat.. mungkin di sebabkan 2 “M” ni.. MALAS dan MASA.
Lupakan tentang itu dan meh aku nak share something ngan korang...
tentang WANG & MASA..

Dalam sesuatu keadaan kita merasakan betapa pentingnya wang tapi dalam satu keadaan yang lain kita akan rasa yang WANG tu bukan segala-galanya..bergantung di mana kita berada waktu itu..

Di suatu masa, aku terpandang satu benda dan aku suka sangat benda tu..dan aku rasa akulah manusia paling bahagia kalau aku dapat memiliki barang tu.. tapi WANG menjadi penghalang..aku terfikir alangkah bahagianya kalau aku punya WANG…

Baru2 ni aku pergi balik ke tempat aku terpandang benda yang aku berkenan dulu… aku dah mampu utk membelinya dari hasil usaha aku kumpul sikit demi sikit tapi malangnya benda tu dah takda…atau lebih menyakitkan hati, benda tu ada tapi dah tak sesuai untuk aku…
Dan kali ni aku terfikir alangkan bahagianya jika aku boleh kembali ke MASA itu…

Pulang dalam keadaan hampa dan aku terus terfikir, apa yang kita perlu ada sebenarnya,
WANG atau MASA???
Jika kita ada kedua-duanya..apa yang pelu kita hargai WANG atau MASA??? Dan apa yang paling penting dalam hidup kita WANG atau MASA??

Kalau aku.. jawapannya adalah MASA…
Kenapa??
Kerana aku mampu mengumpul WANG tapi belum tentu MASA..

Wednesday, November 4, 2009

Pemberitahuan

Tuan Punya Blog pergi bercuti...

Babai

Tuesday, November 3, 2009

Bye Bye Abah...

Masa aku taip entry ni maybe hubby dah sampai kat singapore.Dia ada training kat sana sampai jumaat ni..Bila fikir dia takda ni tetiba rasa sayu plak..aku ni jarang kena tinggal..bila sesekali kena tinggal tu mmg terasa la especially pagi esok..

Mintak-mintakla hari tak hujan...sbb pagi selalunya Lisa tido lagi.Mana nak angkut baju dia,handbag aku lagi..kalau hujan payung lagi.sbb tu la aku mmg respect kat para isteri yang berjauhan dari suaminya...

Aku keja esok, pastu ari khamis aku lak terbang ngan Lisa pi singapore..he he he
poyo jer kat ayat memula yang konon sedih kena tinggal, padahal 2 hari satu malam jer pun..
Cuma percutian kali ni kesian kat Lisa sbb tangan dia still belum pulih sepenuhnya kat tempat yang jahit tu..Yang paling teruk kat jari hantu la...

Takpa Lisa, InsyaAllah next year as abah's promise kita boleh pegi Genting...
Tapi kan smalam abah ada kata plak, "Genting pun bahaya jugak kan?"
betul tu..tapi kita cari la permainan yang sesuai dengan dia..kat mana2 pun boleh jadi kemalangan..ker ni ayat nak ngelat???--->nampak sangat maknyer yang lebih...tapi hubby dah sound cuti kat genting tu fully ikut kehendak Lisa ...mmmm yerlaaa

Ok la semua terimas atas ucapan selamat buat Lisa dan sekali lagi nak pesan kat sini..Tolonggggla pegang anak masa kat tangga eskalator.Mmg la kecelakaan boleh jadi bila2 dan di mana2..tapi kita berusahala utk hindari semua tu...

Byeee

Nuffnang